About Me

My Photo
chiknadjwah
aku merangkak dalam kelam gelap dunia yang tenggelam mencari sesuatu yang hakiki.
View my complete profile

Saturday 27 October 2012

tersimpan dalam celah urat hati




setelah sekian lama meninggal kan papan tekan yang keluarkan segala cerita ini, aku telah pn mengorak macam2 langkah yang aku sendiri sebenarnye tak tempah tapi aku sarung acuan baju tu..
tak pe lah.. Bukan aku tahu ape yang nk jd esok atau lusa. Ape yang aku dpt, nak tak nak aku kene tempuh. Kene hadap.

terima kasih kepada DIA yang mewujudkan aku yang berkeadaan begini. Dan walau bagaimanapun, aku tak mmpu tunding jari pada sesiapa. Aku yang mencorakkan kehidupan ku sendiri.

Dan yang membuatkan aku mencoret dan sebenarnye aku rasa sangat laju ape yang jd di keliling aku.
Bayangan aku adalah seperti duduk di tengah2 highway yang dimana kiri dan kanan aku laju dengan speed masing2 tetapi dengan pelbagai bunyi yang menyakitkan telinga.

Begitu lah aku yang sekarang di umpamakan.

kepada mereka mereka yang hadir dalam hidup aku,

aku mengucapkan salam perkenalan dan terima ksih sebab pernah membuat kan aku gelak tak henti, suke berpanjangan, dan ade jugak yang buatkan aku menangis tak tentu pasal. Aku coretkan sebuah blog untuk kepuasan aku meluahkan ape yang jadi dan ape yang aku rase. Diantara beberapa ekor kumbang yang terbang ikot suke di dunia yang nyata ni, tak kesemuanya sama. Aku ngaku tentang tu. Dan dalam masa yang sama juga, aku harus ambil langkah untuk berhati hati kerana KIRI DAN KANAN SURUH BERHATI-HATI SEBAB DEPAN DAN BELAKANG DAH TUNJUK SELEPAS PETUNJUK. Aku terkadang tidak akur dgn ape yang diketuk skali dkt kepale, aku buat haluan kiri yang ntah pape. Sekarang aku rase, aku patot duduk diam dan teliti setiap ape yang aku kenal.  Bukan rembat je. Jahat bukan selamanya. Kerana aku percaya setiap yang teruk pasti ade yang baik. Dan setiap yang jauh pasti akan pulang. Tetapi sebelum aku terlewat, aku harus mula cari yang sebenarnye setiap manusia harus kecapi. Hakikat yang nyata adalah semate2 untuk pelepasan di tol akhirat. Dan ape yang melibatkan kumbang adalah aku juga mencari seseorang  yang hadir adalh untuk menerima aku seadanya. Mahu membahagiakan aku dan merasa bahagia bersama. Mahu menjadikan aku yang teristimewa diantara yang pernah di temui. Mahu menjadikan aku isteri yang halal dan bersama mendapatkan keredhaan tuhan. Tetapi belum ada yang aku lihat mahu jadi kan aku seperti itu. Aku tidak punya apa2. Tiada keistimewaan yang aku perolehi, tapi mengapa mereka yang datang hanya mengambil kesempatan mempermainkan perasaan, menguji setiap rasa hati aku. Aku lemah dalam bab ni. Aku buntu dan hanya mampu mendekatkan hati dengan tuhan. Bukan dikala aku susah tetapi disetiap apa yang aku lakukan. Walau ade yang datang dan aku sayang, tetapi ada jugak sebb2 yang membuatkan aku tak patut meneruskan hubungan dgn dia. Dan disebabkan itu, walaupun berat ahati aku kerana sayang, tapi aku terpaksa lepaskan dia untuk kebaikan dia juga. Biar aku derita kerana sayang kan dia dan terpaksa lepaskan dia, tapi aku harap dia jumpa yang lagi elok dari aku. Bukannya bermaksud aku jual mahal ikan yang di jual atau ape, tapi aku terpaksa buat begitu sebelum dia menjadi mangsa diri aku yang mungkin telah tawar hati atau aku belum bersedia.

Aku telah kaji di setiap apa yang berlaku. Dan segala yang berlaku, pastinya aku tak mahu ianya berbuah berkali2 sedangkan isinya busuk aku perolehi. Aku tak menunding jari pada sesiapa. Aku tak salahkan sesiapa. Aku tahu segala punca adalah aku. Dan menjadikan segala-galnya juga adalah aku. Tuhan dah tunjuk kat aku yang mane patot aku jauhi dan siapa yang patot aku tawakal kan kedatangan dan kepergian nya. Walau macamane sekali pn kputusan yang aku buat, aku berat nk buat, aku terpaksa terima.

Sentiasa aku berdoa agar tuhan beri aku kekuatan dalam menempuh segala dugaannya. Malu aku untuk meminta bantuan tuhan kerana dosa ku yang telah banyak aku lakukan. sudah sampai masa untuk aku pulang ke pangkal jalan dan mendekatkan diri dengan tuhan dan tawakal dengan segala apa yang hadir dalam hidup aku tentang ini. Semoga tuhan bawa kembali empunya tulang rusuk kiri ini dan menjaganya sehingga akhir hayat. amiin..

0 comments:

Post a Comment