About Me

My Photo
chiknadjwah
aku merangkak dalam kelam gelap dunia yang tenggelam mencari sesuatu yang hakiki.
View my complete profile

Saturday 27 October 2012

tersimpan dalam celah urat hati




setelah sekian lama meninggal kan papan tekan yang keluarkan segala cerita ini, aku telah pn mengorak macam2 langkah yang aku sendiri sebenarnye tak tempah tapi aku sarung acuan baju tu..
tak pe lah.. Bukan aku tahu ape yang nk jd esok atau lusa. Ape yang aku dpt, nak tak nak aku kene tempuh. Kene hadap.

terima kasih kepada DIA yang mewujudkan aku yang berkeadaan begini. Dan walau bagaimanapun, aku tak mmpu tunding jari pada sesiapa. Aku yang mencorakkan kehidupan ku sendiri.

Dan yang membuatkan aku mencoret dan sebenarnye aku rasa sangat laju ape yang jd di keliling aku.
Bayangan aku adalah seperti duduk di tengah2 highway yang dimana kiri dan kanan aku laju dengan speed masing2 tetapi dengan pelbagai bunyi yang menyakitkan telinga.

Begitu lah aku yang sekarang di umpamakan.

kepada mereka mereka yang hadir dalam hidup aku,

aku mengucapkan salam perkenalan dan terima ksih sebab pernah membuat kan aku gelak tak henti, suke berpanjangan, dan ade jugak yang buatkan aku menangis tak tentu pasal. Aku coretkan sebuah blog untuk kepuasan aku meluahkan ape yang jadi dan ape yang aku rase. Diantara beberapa ekor kumbang yang terbang ikot suke di dunia yang nyata ni, tak kesemuanya sama. Aku ngaku tentang tu. Dan dalam masa yang sama juga, aku harus ambil langkah untuk berhati hati kerana KIRI DAN KANAN SURUH BERHATI-HATI SEBAB DEPAN DAN BELAKANG DAH TUNJUK SELEPAS PETUNJUK. Aku terkadang tidak akur dgn ape yang diketuk skali dkt kepale, aku buat haluan kiri yang ntah pape. Sekarang aku rase, aku patot duduk diam dan teliti setiap ape yang aku kenal.  Bukan rembat je. Jahat bukan selamanya. Kerana aku percaya setiap yang teruk pasti ade yang baik. Dan setiap yang jauh pasti akan pulang. Tetapi sebelum aku terlewat, aku harus mula cari yang sebenarnye setiap manusia harus kecapi. Hakikat yang nyata adalah semate2 untuk pelepasan di tol akhirat. Dan ape yang melibatkan kumbang adalah aku juga mencari seseorang  yang hadir adalh untuk menerima aku seadanya. Mahu membahagiakan aku dan merasa bahagia bersama. Mahu menjadikan aku yang teristimewa diantara yang pernah di temui. Mahu menjadikan aku isteri yang halal dan bersama mendapatkan keredhaan tuhan. Tetapi belum ada yang aku lihat mahu jadi kan aku seperti itu. Aku tidak punya apa2. Tiada keistimewaan yang aku perolehi, tapi mengapa mereka yang datang hanya mengambil kesempatan mempermainkan perasaan, menguji setiap rasa hati aku. Aku lemah dalam bab ni. Aku buntu dan hanya mampu mendekatkan hati dengan tuhan. Bukan dikala aku susah tetapi disetiap apa yang aku lakukan. Walau ade yang datang dan aku sayang, tetapi ada jugak sebb2 yang membuatkan aku tak patut meneruskan hubungan dgn dia. Dan disebabkan itu, walaupun berat ahati aku kerana sayang, tapi aku terpaksa lepaskan dia untuk kebaikan dia juga. Biar aku derita kerana sayang kan dia dan terpaksa lepaskan dia, tapi aku harap dia jumpa yang lagi elok dari aku. Bukannya bermaksud aku jual mahal ikan yang di jual atau ape, tapi aku terpaksa buat begitu sebelum dia menjadi mangsa diri aku yang mungkin telah tawar hati atau aku belum bersedia.

Aku telah kaji di setiap apa yang berlaku. Dan segala yang berlaku, pastinya aku tak mahu ianya berbuah berkali2 sedangkan isinya busuk aku perolehi. Aku tak menunding jari pada sesiapa. Aku tak salahkan sesiapa. Aku tahu segala punca adalah aku. Dan menjadikan segala-galnya juga adalah aku. Tuhan dah tunjuk kat aku yang mane patot aku jauhi dan siapa yang patot aku tawakal kan kedatangan dan kepergian nya. Walau macamane sekali pn kputusan yang aku buat, aku berat nk buat, aku terpaksa terima.

Sentiasa aku berdoa agar tuhan beri aku kekuatan dalam menempuh segala dugaannya. Malu aku untuk meminta bantuan tuhan kerana dosa ku yang telah banyak aku lakukan. sudah sampai masa untuk aku pulang ke pangkal jalan dan mendekatkan diri dengan tuhan dan tawakal dengan segala apa yang hadir dalam hidup aku tentang ini. Semoga tuhan bawa kembali empunya tulang rusuk kiri ini dan menjaganya sehingga akhir hayat. amiin..

Monday 6 August 2012

HERE WITHOUT YOU

tentang Dia



                         salam perantauan dalam hujan yang keberapa kali melimpah di bumi kuantan ini .
setelah lame mendiam diri. menyepi hati. memendam rasa. membawa diri. aku cuba tampil membiarkan perasaan aku menari2 di sini hari ini. ia juga ingin bebas. Apa yang cuba aku tonjolkan kepada readers, aku dah pon berada dalam sangkar burung yang dimana merindukan pasangan yang entah apa khabar nya tak diketahui. Tentang Dia.

sekarang hidup bagaikan dilautan yang terumbang ambing, tak tahu jalan laut, redah ombak yang datang sesuka hati. Aku. Hanya aku seorang yang merasa bagaimana hidup tanpa pasangan yang sangat diinginkan tiada bersama. Hanya aku yang terdampar tanpa disedari di tepian pulau yang aku sendiri tak tahu apa isinya. Hanya aku. Aku yang melalui segala macam benda sendiri. angin diriku sendiri. taufan diri ku sendiri. dan aku juga lah yang membawa diriku sendiri. Walau sebelum ini aku amat memerlukan seseorang yang mnjadi tunjuk jalan aku. tapi ternyata, aku mmpu berdiri sendiri tanpa Dia. hanya Tuhan tahu apa yang selama ini aku lakukan..

Dia yang suatu masa dulu pernah aku sanjung tinggi. peritnya aku rasa. senangnya aku bersama. tapi kini, kerna keegoan ku, menahan aku dari terus berkongsi segala benda. aku angkuh. aku bongkak. aku bangang. tak mampu pikir apa yang sepatutnya. dia yang terbaik dalam semua. ye. tapi aku yang buta. buta hati. buta segala anggota tubuh tak reti memandang walau mencuba. kini aku menonggeng buntu memikirkan apa yang patot aku lakukan. aku tak mampu me'nyah kan segala tentang dia. setiap masa. sekeliling ku, udara ku, makan  ku, pakai ku, mandi ku, solat ku, sentiasa ada dia. Dia. dusta hatiku jika mulut aku menyatakan aku benci dia. suatu kenyataan yang salah. dia sangat kebal hati untuk terima aku kembali. mungkin. tapi aku disini hanya mampu redha dan terima setiap apa yang telah aku tempah dulu. bocor mata ku. robek hati. menonggeng menyesal. menjerit tak serupa bikin. Biar. biar kan saje ape yang nk jadi kat aku. kerna aku sendiri tak tahu apa lagi andaian yang aku tempah, aku sendiri tak tahu bleh ngadap ke tak.

Sunday 3 June 2012

maafkan aku

setelah berape lame tak conteng pape sini. rindu plak kat space yg baru ni. ermm..

 macam2 yang dah aku lalui. suka. duka. gumbira. tapi masih lagi kental menghadap dugaan ini semua walaupun kadang2 aku terkucil salah sendiri. aku tabah kan hati untuk perbetulkan keadaan yang aku sendiri tak paham kenape aku bleh jadi mcm tu. maafkan aku wahai kanda yang baginya aku sudah cukup sempurna tapi tidak pada aku. aku hanya mahukan yang terbaik untuk kita rase bersama.

 aku tak kuat berpaut sorang pada pokok yang kian rapuh. harapan aku menggunung untuk jadikan kau raja dalam hati. banyak silap yang aku lakukan. aku tak perasankan perhatian yang kanda inginkan. hanya mengikut putaran angin kepala ku yang sangat membara. sehingga aku tega memulangkan segala apa yang telah kau berikan pada ku. bukn aku tak mahu memlihara kenangan kita. cuma aku tak mahu menyiksa diri dengan melihat segala perkakas yang pernah kau berikan. terlalu banyak cerita. terlalu banyak duka. tanpa mu aku bukan siapa2 pada rakan2 ku. tanpa mu aku tak cantik. tanpa mu aku tak berhias. kau sangat mengubah aku. terima kasih. maafkan aku.

 tiada sebarang pembohongan disini. sejujur nya aku amat dan masih lagi menyanjungi mu wahai kanda. maafkan aku.

 tetapi setelah kau tarik kembali kata putus mu. aku cuma merasakan yang kita akan sama2 kembali mengambil berat. adanya gelak ketawa sesama kita. adanya gurauan antara kita. namun ianya tak seperti yang aku bayangkan. malah, kita semakin perlahan menongkah arus hidup bersama.

 mengapakah?

 bila disuarakan itu yang selesa bagimu. bagi ku pula, kebahagiaan mu penting. apa saja cara mu akan ku turut kan walau aku saja yang merasakan bahwa aku sedang berkasih dengan sesuatu yang tidak merasakan kasih ku bagaimana rupa. maaf kan aku, kanda.

bukan tak ingin mencari mu. tetapi aku tahu kanda juga perlukan masa untuk bersuka ria bersama rakan2 mu. kepergian ku tidak bermaksud untuk bangun dari mahligai hati mu. tetapi kepergian ku adalah untuk kau juga turut berpaut bersama aku. tiada niat yang tak di ingini untuk kanda.

 maafkan aku.
 maafkan aku.

Friday 16 March 2012

ranap

lame tak conteng pape.. blog aku simpan untuk apa..?? hahah wat blog tapi tak de isi nasib laa igt password agy. banyak story tapi tak tau la larat ke tak nk menaip ni haaa..
assessment untuk sem ni dah lepas. that day , malang gile. sebab baring atas jaln n agak suka untuk mencalar kan tgn belah kiri ni.. sian die.. aku xcident. lalala.. best! terbaik. sian driver moto. gegaran otak trus. nasib sakng die kenal aku. hye biha!

pastu.. g sedut asap dapur bara api vomit plak.. mcm bozoh! lari rezeki abg tu lah. tak pasal plak. haihh pasni tak wat dah. nyesal. hahah.

pastu.. balik melaka jumpe member lame.. cumel nye c kecik tu. waktu pas kua dari kepompong mak die. die kecik je. skang amboihhh lenguh tgn aku dukung. amek laa mak nyee. tak larat saye. hee

pastu.. blik ostel balik aku dgr mcm2 cite sal classmate.. ahaaii korg ni.. ape masalah.. just give n take je lah. tak perlu men bom2 mercun2 ni.. tamo2.. pulangkan ape yang patot maafkan ape yang salah tak perlu simpan dalam laa.. settle. tak pe r. jnji tak de usik sal aku dah. aku tak usik org. jgn usik aku eh. pantang!

ok. sudah pasal tu. exam yang kelam kabut. mcm fuckface aku ngadap paper tuh. mane satu jwapan? dah la bc sejam setengah sebelum exam. hebat kan? dekan? hahah RANAP la!

pastu lagi.. dok kat bilik skang canguk jee nk tggu paper ahad ni plak ni.. mls study.. haha pandai sgt kan.. huarggh sok klas kul 2. waktu aku tido kot tu.. -_-" hurr

getting slow and slow now (move) lalala... idk.. idk..

ok2.. tak de bende dah nk taip. dah hbis kot cite sepanjang ni.. haha
aku pendekkan sebenarnye.. sebab rase berselera makan buah kunang hehehe..



ni cover mag aku. and AKU NAK BALIK!!

Saturday 11 February 2012

mr.move

nothing to say.... miss u mr move!! hehehe.... lets make a new cupcakes with the best chocolate ever inside! yumm!!! hehehehe


Tuesday 31 January 2012

you are

igauan - igauan indah enak mentertawakan mimpi , pade hidup yang ngeri sentiasalah menanti.

:) aku rase mcm tak bleh pegi je kite ni.. kalau dah dingin pastu nk troskan lagi , kau rase aku ade mood untuk mcm dulu ?? i dont think so.. lupe kan je lah.. aku bhgea ngn hidup aku skg tanpe mslah dari kau. kau nk tggu ke ape ke , terpulang kau lah.. aku tak larang and aku mmg tak mintak kau ubah pape k. up to you!! aku lagi senang hidupo mcm ni dr dikongkong untuk wat ape je keputusan dan setiap step.. aku bukan pe.. aku penat.. aku tak larat nak lyan nak layan kemarahan aku kat kau. aku pon tak sanggup nak wat cmtu. sblum jadi pape. ngan kepale aku yang sgt berapi tanpe pikir ksalahan sendiri, aku rase baik kau agkat kaki jalan. tak pu, aku yg akan wat mcmtu. tak bg masalh pade kau dan aku.. jgn lah kite saling bercakar lagi. ntros kan hidup tnpe berpaut pde satu sama lain lagi. kite tak sehaluan dah. 3peluang dah aku bg. tapi. hanya bertahan satu hari je.. lepas ni tak peyah lah kau nak tabur jnji lagi kat aku.. sebbkan kau tlampau baik aku tak sanggup nk troskan lagi. maaf. aku selese kalau kite hanya pegang title 'kawan' . sebab care sebagai seorang kawan ngn pasangan berbeza. kawan kau bleh nak maki hamun bagai. tak amek tahu every step pon lantak kau lah. tak semak kan pale. tapi ade rase kawan tu. hmm tak tahu lah nk bg perumpamaan mcmmane lgi.

i think thats ol i can say to you. aku cume tak sggup nak marah kau lagi. aku mmg sejak azali panas baran. aku sedih la marah kau. ape kau pk aku tak de perasaan ke ?? aku sedih wat cmtu kat kau. tapi tolong la jgn wat bende2 tu lagi.. aku dah lame maafkan kau. lagi pon kau terlampau baik tak penah wat salah. aku yg teruk . aku tak sesuai ngn kau yg baik ni.. maaf.